Monday, 5 November 2012

SIAPA SAYA

RINGKASAN      :
Murid akan didedahkan dengan pelbagai jenis haiwan seperti ikan , kucing , burung , rama-rama , katak , belalang , siput , lembu , ayam , itik , lalat , nyamuk dan lain - lain.

TAHUN                : 1 Bijak ( 10.05 am- 11.05 am )

STANDARD KANDUNGAN    : SAINS HAYAT

3.1 Menganalisis haiwan dan bahagian tubuh haiwan
3.2 Menghargai pelbagai haiwan di sekeliling kita

STANDARD PEMBELAJARAN :

3.1.1 Mengenal pasti haiwan yang terdapat di sekeliling kita seperti kucing, ikan, burung , ular , katak , lipas , semut dan rama-rama.

3.1.2 Mengenal pasti bahagian-bahagian tubuh haiwan iaitu seperti mata ,mulut ,telinga ,paruh ,sayap,kaki ,ekor ,sirip ,sisik ,bulu ,tanduk , sesungut dan cengkerang.

3.2.1 Mengajuk bunyi pelbagai bunyi pelbagai haiwan yang pernah mereka dengar

TEMPOH               : 10.05 am - 11.05 am

SUMBER               :

1. Rakaman bunyi binatang
2. Slaid gambar haiwan

AKTIVITI              :

1. Perdengarkan bunyi haiwan dari rakaman.
2. Guru membawa haiwan hidup seperti hamster .Murid di arah memerhati bahagian-bahagian badan haiwan
     seperti ekor ,telinga ,kaki ,mata dan lain-lain.
3. Guru meminta murid mengajuk bunyi-bunyi haiwan yang mereka ketahui.
4. Guru menunjukkan gambar-gambar haiwan.
5. Guru meminta murid menamakan haiwan yang di tunjukkan dan cuba bunyikan haiwan tersebut.
6. Guru meminta murid menamakan bahagian-bahagian badan haiwan tersebut contoh ayam ,ikan ,burung
    ,dan sebagainya.
7. Murid dibimbing mengeja perkataan bahagian tubuh badan haiwan contoh kepak ,mata ,kaki ,ekor dan    
    lain-lain.
8. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut kaedah pembelajaran koporatif kepada murid mengikut
    kumpulan yang di bentuk. ( lembaran kerja bahagian-bahagian tubuh haiwan)

PENTAKSIRAN  : Guru meminta murid menjawab soalan dan lembaran kerja 1 dan 2

AKTIVITI PEMULIHAN      :

Guru mengulangi proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan pelbagai pengajaran yang sesuai.


3 comments: